Minggu, 22 Juni 2014

Filled Under:

Kisah Taubatnya Penggali Kubur









Alkisah, pada suatu hari Umar r.a. mendapatkan Rasulullah sambil menangis, maka lalu bertanya Rasulullah S.A.W. “ Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?” Jawab Umar, “ Ya Rasulullah,  ada seorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.” Kata Rasulullah, “ Ya Umar, bawalah dia masuk. “ Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Tanya Rasulullah, “ Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?” Jawab pemuda itu, “ Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada Allah S.W.T. yang sangat murka kepadaku.”  Tanya Rasulullah lagi, “ Adakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?” Jawab pemuda itu, “ Tidak, ya Rasulullah.”

Sabda Rasulullah,” Maka Allah S.W.T. akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit. Kata pemuda itu, “ Wahai Rasul Allah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.”


Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, “ Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?” Jawab pemuda itu, “ Dosaku lebih besar.”

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, “ Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?  Jawab pemuda itu, “ Dosaku lebih besar.” Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, “ Apakah dosamu lebih besar dari dimaafkan oleh Allah?” Maka jawab pemuda itu, Maafnya lebih besar.”  Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar keampunannya.”

Maka Rasulullah berkata, “ Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?”  Jawab pemuda itu, “ Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.”

Rasulullah bertanya dengan kuat, “ Beritahu aku apakah dosamu itu?” Jawab pemuda itu, “ Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai pengali kubur. Aku telah melakukan kerja mengali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur seorang gadis dari Kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia.”

“ Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu akupun menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba gadis itu bangun dan berkata, “ Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya ! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah S.W.T. dalam keadaan junub!”

Apabila Rasulullah selesai mendengar ketetangan dari pemuda tersebut, maka dengan segera Rasulullah bangun sambil berkata, “ Hai orang yang fasik!, memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini.” Maka keluarlah pemuda itu.


Selama 40 Hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam yang ke 44, dia memandang ke langit sambil berdoa, “ Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika Engkau telah mengampunkan aku maka beritahulah Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya.

Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”

Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam Jibrail berkata, “ Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu. “ Jawab Rasulullah S.A.W. , “ Ialah Assalam dan daripadanya salam dan kepadanya segala keselamatan.”

Kata Jibril, “ Allah S.W.T. bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?” Jawab Rasulullah S.A.W., “ Allahlah yang menjadikan segala makhluk.”

Tanya Jibril lagi, “ Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?” Jawab Rasulullah S.A.W., “ Allahlah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk yang lain.”

Kata Jibril lagi, Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?” Jawab Rasulullah S.A.W. , “ Dia Allah yang menerima taubat dariku dan mereka.”

Maka Jibril berkata lagi, “ Allah berfirman, maafkanlah hambaku itu kerana Allah telah memaafkannya.”

Maka segera baginda memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan memaafkannya.

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright @ 2013 Kisah Sejarah Islam.