Sabtu, 05 April 2014

Filled Under:

Malaikat Hamalat-Al 'Arsy








Rasulullah SAW pernah melihat akan rupa sebenar Malaikat Jibril,... iaitu ketika peristiwa Isra' Mikraj.

Ketika Rasulullah melihat Malaikat Jibril dalam keadaan rupanya yang sebenar,...Baginda lantas memuji Malaikat Jibril akan kehebatannya. (Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap,apabila dibuka satu sayap maka akan gelaplah seluruh bumi ini.)
Namun begitu,Malaikat Jibril mengatakan kepada Rasulullah supaya jangan memuji2nya, kerana Rasulullah masih belum melihat Malaikat2  lain yang lebih hebat kejadian daripada dirinya..

Lalu Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril, "Ya Jibril, adakah masih ada Malaikat yang lebih hebat daripada kamu?"
Malaikat Jibril menjawab, "Ya, ada ! Malaikat Israfil mempunyai 1200 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Ku "
Sesudah itu, Rasulullah bertanya lagi," Adakah Malaikat Israfil paling hebat?"
Jawab Malaikat Jibril, "Tidak,.. Malaikat paling hebat itu ialah malaikat pemikul 'Arsy (singahsana) Allah.. Dia ialah Malaikat Hamalat Al-'Arsy,  Dia mempunyai 2400 sayap dimana satu sayapnya menyamai 1200 sayap Malaikat Israfil"
" Malaikat pemikul singgahsana Allah sangatlah besar, dan jarak antara pundak (bahu) malaikat tersebut dengan telinganya sejauh perjalanan burung terbang selama 700 tahun."  (Riwayat oleh Abu Dawud)
 Didalam Al-Qur'an juga disebutkan akan para malaikat ini :
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.  (Al Haqqah, 69:17)
Pemikul 'Arsy Allah itu terdiri dari empat (4) Malaikat yang dikenali sebagai Hamalat al-'Arsy, dan setelah kiamat akan bertambah menjadi lapan (8) malaikat, baki empat (4) akan disusuli oleh Israfil, Mikail, Izrail dan Jibril.

3 komentar:

Copyright @ 2013 Kisah Sejarah Islam.