Sabtu, 05 April 2014

Filled Under:

Kisah Ulama Yang Menjadi Sesat




Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah ia dari orang-orang yang sesat.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. - (Al-A'raaf :175 - 176)
Nabi Muhammad SAW telah diminta untuk mengaitkan kisah seorang wali di kalangan bangsa Israel untuk menunjukkan bagaimana seorang ulama yang setia dan pemimpin spiritual yang besar telah dilucutkan semua pengetahuan, kebijaksanaan, dan kemasyhurannya hanya kerana mengikuti hawa nafsu duniawi . 
Tidak ditemui sebarang pengenalan peribadi kerana namanya tidak disebut didalam Al-Quran... walau bagaimanapun,  banyak kisah dilaporkan oleh pentafsir Al-Quran dan para sahabat dan pengikut mereka yang memberikan pelbagai maklumat mengenai beliau.... yang paling sahih dan dipercayai oleh majoriti ulama adalah kisah yang dilaporkan oleh Ibn Marduwaih kepada Abdullah ibn Abbas.

Nama lelaki itu ialah Bal'am bin Ba'ura.... Beliau berasal dari Syria, dan hidup didaerah Kana'an berhampiran Jerusalem.... Menurut cerita, beliau adalah dari keturunan bani Israel.... dan beliau mempunyai pengetahuan tentang kitab-kitab dan nama-nama Allah....

Kisah ini terjadi  selepas kematian Firaun dan kaumnya , .... Allah menyuruh Nabi Musa (AS) dan kaumnya untuk menentang seorang pemerintah yang dipanggil Jabbarin.... Jabbarin  dan rakyatnya  datang menemui Bal'am dan berkata bahawa Nabi Musa (AS) telah datang dengan tenteranya yang besar untuk mengusir mereka dari tanah mereka.... Oleh itu, beliau harus berdoa kepada Allah minta supaya Nabi Musa dan tentera-tenteranya  menemui kesesatan...
Bal'am bin Ba'ura dikenali umum sebagai seorang yang mempunyai doa yang makbul.....Bal'am berkata kepada mereka bahawa Musa adalah nabi Allah,dan dia tidak boleh berdoa terhadapnya..... Beliau berkata bahawa dengan berdoa terhadapnya dia akan merosakkan dirinya  di dunia ini dan diakhirat... Bal'am berjanji kepada Jabbarin, bahawa dia  akan cuba mendapatkan keizinan Allah bagi apa-apa doa, dan dalam hal ini beliau memerlukan sedikit masa...
Allah membenarkan beliau berdoa terhadap Musa tetapi Allah melarang berbuat demikian .... Dia datang kepada Jabbarin dan memberitahu tentang larangan itu.... Jabbarin menawarkan hadiah berupa kekayaan jika doanya diterima...dan dalam masa yang sama Jabbarin juga telah menghasut isteri Bal'am supaya meminta suaminya itu berdoa bagi pihak dirinya dan rakyat jelata... Isteri Bal'am  telah menasihati beliau untuk menerima hadiah itu, dan meminta dia supaya berdoa sebagai bukti cintanya kepada dia.... akibat dibutakan oleh kekayaan dan  cinta isterinya, dia mula berdoa terhadap Nabi Musa (AS) dan kaumnya...  
Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa (AS)... doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Teh (sekarang semenanjung Sinai) selama 40 tahun.....Satu perkara yang luar biasa berlaku pada majlis doa itu.... Dengan kehendak Allah,  kata-kata yang Bal'am hendak ucapkan menentang Nabi Musa (AS) dalam doa beliau, telah diucapkan terhadap rakyat Jabbarin sendiri.... Mereka berseru dan mengingatkan beliau bahawa dia telah memohon terhadap diri mereka sendiri.... Bal'am berkata bahawa dia tidak dapat menyebut perkataan terhadap Musa (AS) dan bahawa dia tidak mempunyai kawalan ke atas ucapan-ucapan itu. 
Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa(AS) bertanya kepada Allah SWT, “ Ya Allah, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di Lembah Teh ini ?”

Allah SWT menjawab, “ Hai Musa.... ia berpunca dari doa Bal’am yang telah aku kabulkan..”

Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “Ya, Allah.... sepertimana kamu mendengar dan mengabulkan doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am ”

Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya.. Akibat dari doa Nabi Musa,... Bal'am  telah ditimpakan kehinaan oleh Allah, lidahnya terjelir keluar dari mulut sehinggakan ia teruntai pada dadanya...dan ia menemui ajal dalam keadaan kufur dan hina... Bal'am telah merosakkan hidupnya  di dunia ini dan diakhirat... 

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright @ 2013 Kisah Sejarah Islam.